Program Mentor Tiny Techies Sesi 5 (Microbit)

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan program Tiny Techies untuk sesi yang ke 5. Program ini perlu dihadiri oleh dua orang peserta Sekolah Rendah. Objektif utama program tersebut adalah untuk memperkenalkan peserta kepada dunia teknologi dan inovasi. Modul yang dipelajari oleh mereka untuk sesi yang kelima adalah Microbit. Microbit ialah peranti yang membolehkan pelajar meneroka dan mempelajari sains dan teknologi komputer melalui pengekodan dan projek.

Selain itu juga, program ini penting kerana dapat memberi pendedahan awal teknologi kepada peserta dengan cara yang menyeronokkan. Seterusnya, pembelajaran seperti berikut dapat meningkatkan kemahiran yang sesuai untuk melatih daya kreativiti dan kemahiran teknologi dari usia muda. Oleh itu, dengan adanya program seperti ini dapat memberi pendedahan awal tentang dunia teknologi supaya peserta dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali